Saturday, April 17, 2010

SALAM DAN KONSEPNYA

Salam itu satu doa.

Maksud Hadith: " Daripada Abu Hurairah ,katanya ;Rasulullah s.a.w bersabda:
orang yang berkenderaan atau di atas kenderaan itu memberi salam kepada orang yang berjalan.Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk.Manakala orang yang sedikit itu memberi salam kepada orang yang ramai."


Dalam hadith di atas nabi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan adab dan tata susila ketika berkomunikasi atau menjalinkan hubungan sesame muslim.Budaya salam tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat Islam.Nabi amat menggalakkan umat Islam agar sentiasa memberi salam dan menjawab salam.Di zaman yang serba canggih dan berteknologi ini,amatlah wajar umat Islam menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk menghidupkan budaya Islam yang mulia.Memberi salam dan menjawab salam tidak ditentukan pada golongan tertentu sahaja.Kita hendaklah menghulur salam kepada semua umat Islam,sama ada kita mengenalinya atau tidak.Nabi juga menghulurkan salam kepada kanak-kanak sebagai doa kesejahteraan dan kebaikan untuknya.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang paling cepat ,paing dahulu memberikan salam.Oleh itu,sebarkanlah salam kepada saudara-saudara kita dimana sahaja walaupun kita tidak mengenalinya kerana salah satu tanda kiamat adalah orang muslim hanya akan memberi salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.Sama-samalah kita hidupkan kembali sunnah Rasul kekasih Allah ini sebagai satu tanda kekuatan ukhwah diantara umat Islam .

Antara kepentingan memberi salam...=)

1) ucapan salam dapat melembutkan serta menjinakkan hati sesama muslim serta mengukuhkan perhubungan.

2) seseorang yang sentiasa mengucapkan salam dan mendahulukan salam kepada orang lain merupakan orang yang paling dekat dengan Allah dan paling dikashi.

3) Salam dapat melenyapkan perasaan dengki,iri hati dan dendam.

4) Salam dapat mengikat kasih sayang yang berpanjangn dan memupuk semangat setia kawan.

5) Salam mengukuhkan perpaduan ummah dan membentuk warga penyayang.


SEBARKAN SALAM...DENGAN LAFAZ YANG SEMPURNA DAN INDAH INI " ASSALAMU'ALAIKUM"

SUMBER DARIPADA: kitab hadith-hadith hukum
karangan: Ustaz Abd.Latif Muda , Ustazah Rosmawati Ali

No comments:

Post a Comment