Sunday, March 28, 2010



KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH...


Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Allah berfirman dalam surah al- Fath ayat 9 yang bermaksud : " Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya ,menguatkan (agama) -Nya,membesarkan-Nya,dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang." Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi.Zikir lidah,zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah,lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan perbuatan dengan hukum-hakamNya.Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu.Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan,umat akan kurang menyebut namaNnya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya.Hukum-hakam diabaikan dalan tindakan dan perbuatan.Apabila ini tejadi jangan ditangisi jika Allah "lupakan" kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingatiNya;dengan lidah,hati dan perbuatan.Menjadi seorang muslim sahaja tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya.Siapakah kita,muttaqin atau hanya Muslim?

Apabila Allah akrab dengan kita ,siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi.Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin?Tidak,tetapi kerana akhlakdan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah.Hasilnya ,sifat pemaaf,kasih sayang dan prihatinnya tidak terbatas.Merentas sempadan bangsa,negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju,tetapi orang Islam yang terlalu perlahan.Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang.Dengan cinta kita berdakwah,berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Kalau benar cintakan Allah,cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya.Bangun seawal Subuh,bersih dan sucikanlah diri.Lalu solatlah untuk mengingatiNya.Kemudian,bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah,riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat.Jauhkan pendedahan aurat.Perangi pergaulan bebas,racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja. Pacu ekonomi,tetapi jangan lupakan hukum Ilahi.Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri.Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

"Cinta itu bukan kata-kata ,cinta itu tindakan.Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

" Niatkanlah kita menghadapi peperiksaan adalah kerana Allah semata-mata"
Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh di dalan pekerjaannya.

Namun janganlah sampai melupakan hak-hak Allah semata-mata kita terlalu fokus kepada pelajaran dan lupa kepada Allah."Jagalah hak Allah,maka Allah akan jaga hak kita".Untuk cemerlang dalam peperiksaan ,bukanlah dengan membaca dan mengahafal subjek tetapi:

1) Niat belajar kerana Allah
2) Banyakkan berdoa
3) Jaga hubungan dengan ibu bapa, dan sahabat
4) Solat hajat setiap hari dan amalkan amalan-amalan sunat yang lain
5) Tinggalkan kemaksiatan
6) Pastikan makanan yang kita makan adalah dari sumber yang halal
7) Hormati guru

Semoga semua berjaya dalam peperiksaan dan mendapat keredhaan Allah...=)

Saturday, January 16, 2010

LAWATAN ILMIYYAH KE UDM DAN SEKITAR TERENGGANU

SALAM KEPADA SEMUA WARGA JANNAH.....
Photobucket

WASALAM...

Tuesday, December 29, 2009

KEMBALI KE MEDAN JIHAD PERKULIAHAN

Belajar Pictures, Images and Photos
SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN BUAT AHLI-AHLI JANNAH, SEMOGA MENDAPAT JANNAH DI DUNIA DAN JANNAH DI AKHIRAT...

Sudah sebulan lebih kita bercuti untuk merehatkan minda dan jiwa yang letih disebabkan telah mengharungi jihad imtihan yang lepas, bagaimana dengan result sahabat-sahabat sekalian??? ok?? ke tak ok??tak kisahlah berapa yang anda dapat asalkan ilmu yang kita pelajari semester lepas dapat kita terapkan dalam jiwa dan sanubari kita, jika menaik result anda tahniah, dan cuba kekalkan prestasi anda dan jika merudum takziah diucapkan, tapi ingat keputusan result ini bukan penentu segalanya, sentiasalah berusaha dan lihat balik dimana kelalaian ataupun kesalahan-kesalahan anda sewaktu membuat persediaan peperiksaan yg lepas, senang cerita buatla post mortem balik keatas diri sahabat-sahabat sekalian...

buku Pictures, Images and Photos,
Kepada ahli jannah tahun 3, yang mana semester ini adalah semester akhir perkuliahan diucapkan semoga terus sukses dalam mencari ilmu pengetahuan, TIDAK LUPA JUGA SELAMAT membuat tesis/latihan ilmiah...

kepada ahli jannah tahun 2, tahniah dapat meneruskan pengajian anda, juga tahniah dapat memilih modul yang bersesuaian dengan kebijaksanaan anda, semoga anda terus sukses...

kepada ahli jannah tahun 1, teruskanlah usaha anda, perjalannan anda masih jauh lg, consentrate pembelajaran anda dan jangan ambil mudah dan leka, sesungguhnya di universiti inilah tempatnya pelbagai dugaan dan rintangan yang anda akan tempuhi nanti,

Semester ini perkuliahan agak janggal bagi ana, kerana bermula pada bulan 12, yang kebiasaannya pada awal bulan 1, tp takpelah mungkin ini yang terbaik disarankan oleh bahagian akademik ukm, ada juga suara2 yang menyatakan tidak puas hati, maklum la, ana tahu sahabat-sahabat tidak puas lagi bercuti bersama keluarga dan sahabat handai, namun kita ada tanggungjawab kita sendiri sebagai seorang mahasiswa jabatan al-Quran dan al-Sunnah, kita lah khalifah Allah dimuka bumi ini yang mana Allah telah pilih kita untuk menyebarkan syariatnya bersesuaian dengan Kitabullah wa Sunnah Rasulullah,
Hatiku Pictures, Images and Photos
DEMI AL-QURAN YANG BERADA DI SEBELAH KANANKU DAN DEMI SUNNAH RASUL YANG BERADA DI SEBELAH KIRIKU, TIDAK AKAN KU BIARKAN AGAMAMU DIROSAKKAN OLEH TANGAN-TANGAN API KEDAJJALAN, TIDAK AKAN KU BIARKAN FITNAH-FITNAH NISTA MENGOTORI AGAMU YA ALLAH, TIDAK AKAN KU BIARKAN ZIONIS DAN YAHUDI MENYAKITI SAUDARA-SAUDARAKU, TIDAK AKAN KU BIARKAN KALAM-KALAMMU DAN KALAM NABI LENYAP DIMUKA BUMI INI SESUNGGUHNYA TELAHkU KETAHUI TERMAKTUB DALAM KITABMU BAHAWASANYA ISLAM ITU TERPELIHARA, KETAHUILAH AIR MATA YANG TELAH MEMBASAHI PIPIKU INI MENJADI SAKSI BAHAWASANYA AKU TELAH MENGUCAP SYAHADAH BERKALI-KALI SABAN WAKTU KERANA AKU YAKIN AKAN KEBENARAN AGAMAMU YA ALLAH DAN AKU YAKIN AKAN RISALAH KENABIAN YANG DIBAWA RASULMU, SAMPAI SUATU SAAT NANTI, TATKALA DARAHKU MENGALIR DIMUKA BUMI, TATKALA ISI PERUTKU DIRODOK DEK SENJATA YAHUDI, TATKALA TUBUHKU MENYEMBAH BUMIMU, MAKA PADA SAAT ITULAH AKU GEMBIRA, PADA SAAT ITULAH AKU MULAI TERSENYUM, SYAHID DALAM AGAMAMU ADALAH DAMBAANKU, KERANA AKU BISA MENGULANGI DAN MERASAI PERJUANGAN PARA SAHABAT DAN MUJTAHID DI DALAM AGAMAMU YA ALLAH, BETAPA SESUNGGUHNYA AKU BENAR-BENAR RINDU AKAN SYURGAMU, AKU JUGA RINDU AKAN NABIKU, KETAHUILAH WAHAI NABIKU BAHAWASANYA AKU SELALU MEMBACA AYAT-AYAT CINTA DARI HADITH-HADITHMU, AKU JUGA SELALU MENDALAMI ERTI KATA-KATAMU SUPAYA AKU BISA MERAIH CINTA YANG MENDALAM TERHADAPMU DAN TERHADAP PENCIPTAKU, SESUNGGUHNYA KAMI UMAT AKHIR ZAMAN YANG MUDAH TERGODA DEK HASUTAN SYAITAN DAN TERJERUMUS DEK HASUTAN MAINAN YAHUDI DAN ZIONIS, KETAHUILAH WAHAI RASULULLAH KAMI BUKANLAH DIKALANGAN SAHABAT-SAHABATMU YANG MEMPUNYAI IMAN YANG MENEBAL YANG MANA MEREKA DAPAT BERDAMPINGAN DENGANMU DAN SELALU MELIHAT WAJAHMU, DAN SESUNGGUHNYA AKU, BERSAKSI AKU BERIMAN DENGANMU WALAUPUN AKU TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAHMU,NAMUN AKU DAPAT MEMBACA KISAH-KISAH SEJARAH DAN KEAGUNGANMU, NAMUN AKU JUA DAPAT MENGUBATI KEDUKACITAAN HATIKU DENGAN MEMBACA AYAT-AYAT CINTA DARI HADITH-HADITHMU YANG MANA TELAH ENGKAU WAHAI NABIKU TELAH WASIATKAN PADA KU, SUNGGUH IANYA ADALAH UBAT YANG TERBAIK BUAT HATIKU INI YANG MERINDUKAN AKAN KASIH SAYANGMU....

SELAWATLAH PENGUBAT CINTAKU PADAMU...YA NABIKU...

SALAM....