Tuesday, June 16, 2009

KITAB MUNTAKHAB AL-KALAM FI TAFSIR AL-AHLAM

Oleh Sakinah Saptu

PENGENALAN

Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Abu Bakar Muhammad Ibn Sirin mengandungi 59 bab yang membincangkan mengenai ta’bir mimpi sama ada mimpi itu adalah mimpi yang buruk ataupun mimpi yang baik. Ia disusun bab demi bab dimulai dengan bab seorang hamba melihat dirinya di tangan Allah s.w.t di dalam tidurnya dan di akhiri dengan bab menyebut kisah-kisah mimpi sebahagian orang-orang saleh r.a.

Kitab ini dimulai dengan mukaddimah kitab kemudian diikuti dengan khutbah kitab. Perkara-perkara yang dibahaskan di dalam mukaddimah kitab ialah:

1- Ta’bir mimpi yang pelbagai
2- Kaedah umum dalam menta’bir mimpi
2.1 Adab ta’bir mimpi
2.2 Waktu dalam menta’bir mimpi
2.3 Mimpi yang boleh dipercayai
2.4 Beberapa prinsip penta’bir dalam menta’bir mimpi
2.5 Mentafsir mimpi berdasarkan watak, waktu dan kebiasaan
3- Kedudukan roh dan jiwa dalam mimpi
4- Mentafsir mimpi dengan Nama, makna dan peribahasa yang sering dipakai
5- Mimpi yang paling benar
6- Perkara yang perlu dilakukan ketika bermimpi sesuatu yang tidak disukai (mimpi buruk)

Manakala di dalam khutbah kitab pula ia membincangkan mengenai perkara-perkara berikut:
1- Hakikat mimpi dalam ilmu syariat
2- Hal-hal yang diperlukan oleh orang yang bermimpi untuk membuktikan kebenaran mimpinya
3- Dua jenis mimpi yang hak dan yang batil
4- Adab penta’bir mimpi

Abd al-Rahman al-Juzu menyatakan di dalam kitab tahqiqnya bahawa manuskrip kitab ini terdapat di Dar-al-Kutub, Mesir dan Iskandariah. Kitab ini juga telah di cetak di Bulaq pada tahun 1284H dan pada tahun yang sama juga ia telah dijadikan sebagai هامش (catatan ditepi kitab) untuk kitab Ta’thir al-Anam oleh al-Nablusi yang mana telah diulang cetak beberapa kali di Lucknow pada tahun 1874M dan di Bombay pada tahun 1296H. Kitab ini juga telah diulang cetak dengan versi yang baru (disusun semula untuk memudahkan pembacaan) dan diterbitkan oleh beberapa penerbit di Beirut, Damsyik dan Kahirah(1). Malah kitab ini juga telah ditahqiq dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan kemungkinan juga di dalam bahasa-bahasa yang lain.

MENGAPA IA DIKATAKAN KITAB YANG DINISBAHKAN KEPADA IBN SIRIN

Perlu diketahui bahawa Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Ibn Sirin adalah nisbah yang salah, malah dengan mengatakan ia sebagai kitab karangan Ibn Sirin juga merupakan satu kenyataan yang silap. Ia sebenarnya adalah karangan Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik al-Wa’iz al-Kharkusyi. Nama kitabnya pula ialah al-Basyarah Wa al-Nadharah. Kesalahan menisbahkan kitab ini kepada Ibn Sirin ataupun mengakui ia adalah hasil karya Ibn Sirin telah diikuti dari zaman ke zaman hinggalah pada hari ini.

Abd Al-Rahman al-Juzu telah menyenaraikan dengan jelas bukti yang menunjukkan bahawa ia bukanlah kitab karangan Ibn Sirin dan ia hanya sebuah kitab yang dinisbahkan kepada beliau itupun dengan nisbah yang salah. Menurut Abd al-Rahman dengan meneliti kitab itu sendiri dapat dilihat tanda-tanda yang jelas bahawa sebahagian atau beberapa bahagian daripada kitab tersebut bukanlah daripada Ibn Sirin. Ini kerana di dalam kitab itu menyebut nama-nama mereka yang lahir, hidup dan juga meninggal dunia selepas Ibn Sirin meninggal dunia dengan jarak masa yang begitu jauh, ataupun di dalam kitab tersebut ada menyatakan kisah-kisah yang berlaku pada zaman selepas Ibn Sirin(2). Di antara contohnya ialah:

1- Di dalam khutbah kitab tersebut sering menyebut nama Abu Sa’id al-Wa’iz, contoh:

قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه) أما بعد فإنه لما كانت الرؤيا الصحيحة في الأصل المنبئة عن حقائق الأعمال منبهة على عواقب الأمور

Kata-kata ini yang sering disebut di awal kebanyakan perenggan menunjukkan dengan jelas bahawa kitab ini adalah dari hasil himpunan atau penulisan Abu Sa’id al-Wa’iz.

2- Terdapat di dalam khutbah kitab nama-nama berikut:

الأصمعي عن ابن المقدام
اسحاق بن ابراهيم الموصلي
جعفر بن جعفر بن محمد الفريابي


Al-Asma’iy lahir pada tahun 122H, Ishaq al-Musli lahir pada tahun 155H, Ja’far bin Muhammad al-Faryabi pada tahun 257H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H. Bagaimana pula Ibn Sirin boleh meletakkan nama mereka di dalam penulisannya sedangkan ketiga orang tersebut belum lagi lahir sewaktu Ibn Sirin masih hidup?

3- Kitab ini meriwayatkan daripada al-Kirmani, al-Salimi dan al-Qairawani. Mereka adalah ulama’ selepas Ibn Sirin. Ishaq al-Kirmani contohnya merupakan ulama’ pada kurun ke empat hijrah manakala al-Salimi adalah di kalangan ulama’ kurun ke lapan hijrah.

4- Di dalam kitab ini juga memuatkan mimpi yang dilihat oleh mereka yang hidup selepas Ibn Sirin, antaranya:

1- Di dalam bab 2:

Daripada Abu al-Wafa’ al-Farisi al-Harawi telah berkata: “Aku telah melihat al-Mustafa s.a.w di dalam tidur di Farghanah pada tahun 360H”.

Teks ini menyatakan bahawa Abu al-Wafa’ telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya pada tahun 360H, sedangkan pada tahun tersebut Ibn Sirin sudah meninggal dunia. Dengan itu, bagaimana kitab ta’bir ini boleh dikatakan salah satu daripada karya Ibn Sirin?.

2- Di dalam bab 23:

“Dan amir al-Mukminin Harun al-Rasyid telah bermimpi…”
Di dalam kitab ini juga menyebut nama Harun al-Rasyid yang lahir pada tahun 149H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H.

3- Dalam bab 31:

“Dan diceritakan bahawa Al-Syafi’i r.a bermimpi di dalam penjara seolah-olah dia di salib…”

Di kitab ini juga menyebut nama Imam al-Syafi’i sedangkan beliau lahir pada tahun 150H.

4- Di dalam bab 43:

Abu Ubaidah telah berkata: “Aku bermimpi pelita masjid terpadam, maka Mus’ir bin Kidam telah meninggal dunia…”

Di dalam kitab ini juga menyebut nama Abu Ubaidah yang lahir pada tahun 110H sedangkan pada tahun yang sama Ibn Sirin meninggal dunia dan ia juga menyebut nama Mus’ir bin Kidam yang meninggal dunia pada tahun 152H.

Daripada kenyataan dan contoh-contoh yang dikemukakan oleh Abd al-Rahman al-Juzu, dapat diakui bahawa penisbahan kitab ini kepada Ibn Sirin adalah satu nisbah yang salah kerana kebanyakan daripada isi kandungannya bukanlah daripada Ibn Sirin, apatahlagi setelah dikaji semula kita dapati kitab ini dihasilkan pada jarak masa yang jauh selepas Ibn Sirin, iaitu ia dihasilkan atau dikumpulkan oleh Abu Sa’id al-Wa’iz yang meninggal dunia pada tahun 407H.

Mengenali Pengarang Sebenar Kitab Tafsir Mimpi Ibn Sirin

Beliau ialah Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik bin Abu Uthman Muhammad bin Ibrahim, al-Naisaburiyy al-Wa’iz. Beliau merupakan seorang zuhud yang lebih dikenali dengan nama al-Kharkushi(3).Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ menyatakan beliau sebagai al-Imam Qudwah dan Syaikh al-Islam.

Al-Kharkushi telah mengarang kitab (دلائل النبوة), kitab (التفسير), kitab (الزهد) dan lain-lain(4). Al-Hakim berkata:


“Sesungguhnya aku tidak melihat (selain al-Kharkushi) yang mengumpul padanya ilmu, zuhud, tawadhu’, menunjuk ke jalan Allah dan kepada kezuhudan di dunia, Allah menambah padanya taufik, dan menggembirakan kami dengan hari-harinya. Sesungguhnya hasil karyanya telah tersebar di kalangan muslimin”(5)

Al-Khatib pula berkata: “Al-Kharkushi adalah seorang yang thiqah, wara’ dan saleh”(6).

Dinyatakan bahawa orang-orang fakir di dalam majlisnya dilayan seperti para pemimpin. Beliau juga membuat kopiah dan menjualnya. Selain daripada itu, beliau juga membina madrasah dan rumah untuk orang sakit lalu mewakafkan keduanya dan mewakafkan sebuah peti besi yang besar berisi buku-buku.

Muhammad bin Ubaidullah al-Sarim berkata: Aku melihat al-Ustaz Abu Sa’ad al-Zahid di Musalla ketika mengimamkan solat Istisqa’, aku mendengarnya berdoa’(7):

إليك جئنا و أنت جئت بنا وليس رب سواك يغنينا
بابك رحب فناؤه كرم تؤوي إلى بابك المساكينا


Ibn ‘Asakir berkata beliau adalah seorang Asy’ari. Beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil awal pada tahun 407H.

METODOLOGI PENULISAN

Setiap penulisan buku mempunyai metodologinya yang tersendiri. Metodologi penulisan sebuah buku itu mampu memperlihatkan keistimewaan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya seorang penulis. Untuk metodologi penulisan kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, pengkaji memberikan perhatian dari sudut gaya bahasanya, keistimewaan dan kelemahannya.

(1)Gaya Bahasa

Kitab ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Ia tidak menggunakan bahasa sastera yang tinggi. Jika ada pun, ia hanya menggunakan perkataan-perkataan yang agak sukar untuk difahami. Keadaan ini dapat dilihat apabila banyak pentahqiq kitab ini seperti Abd al-Rahman al-Juzu, Yusuf al-Shaikh Muhammad, Saleh Uthman Abd al-Hamid, Samar Muhammad Dahir, dan Zuhair Syafiq al-Kabby tidak mengabaikan dalam memberikan makna atau menjelaskan maksud beberapa perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kitab ini, malah ada juga di antara mereka yang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja untuk kitab tahqiq mereka.

Di samping itu pengkaji melihat ia lebih menggunakan teknik straight to the point kepada mimpi-mimpi yang dita’birkan. Tidak ada penerangan yang lebih terperinci diberikan kepada setiap mimpi yang dita’bir. Ia hanya mengemukakan objek ataupun perkara yang dimimpikan lalu memberikan makna mimpi tersebut. Sebagai contoh, di dalam bab 1 menyatakan:

قال الأستاذ أبو سعيد رضي الله عنه : من رأى في منامه كأنه قائم بين يدى الله تعالى و الله تعالى ينظر إليه فإن كان الرائى من الصالحين فرؤياه رؤيا رحمة

Di dalam kenyataan di atas, Abu Sa’id mengatakan sesiapa yang bermimpi di dalam tidurnya seoalah-olah ia berada di hadapan tangan Allah s.w.t dan Allah s.w.t melihatnya dan jika sekiranya yang bermimpi itu adalah di kalangan orang yang saleh maka mimpinya adalah mimpi rahmat. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh didapati di dalam kitab Muntakhab tentang teknik straight to the point ini.

(2) Keistimewaan

Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam mempunyai banyak keistimewaannya. Ia bukan sekadar sebuah kitab yang memainkan peranannya untuk menta’birkan mimpi, tetapi ia juga banyak membahaskan mengenai ilmu menta’bir mimpi dari sudut syariat. Perbahasan ini seperti mana yang telah disebut oleh pengkaji di dalam pengenalan bab ini boleh didapati di dalam mukaddimah kitab dan khutbah kitabnya(8).

Manakala jika hendak dibandingkan kitab ini dengan Kitab Ta’thir al-Anam Fi Ta’bir al-Manam oleh al-Nablusi dan Kitab al-Isyarat Fi Ilmi al-‘Ibarat oleh Ibn Syahin, kitab Muntakhab lebih mempunyai keistimewaannya. Ini kerana ia sering diutarakan atau dikemukakan sebagai kitab ta’bir mimpi yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah lantaran terdapat ta’biran mimpinya yang disertai bersama ayat al-Quran atau al-hadith(9). Malah bukan itu sahaja, bahkan ianya juga sering memuatkan pendapat-pendapat yang bersanad yang menceritakan mimpi mereka serta maksud daripada mimpi tersebut.

(3) Kelemahan

Abd Rahman al-Juzu menyatakan bahawa walaupun kitab ini dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah, kebanyakan daripadanya tidak mempunyai kaitan langsung dengan apa yang dita’birkan oleh penulis kitab(10). Bahkan melalui pemerhatian pengkaji pula tidak semua ta’bir mimpi disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah, ada juga ta’bir mimpi yang kebanyakannya hanya berdasarkan daripada kata-kata penulis sahaja yang dimulakan dengan ayat ini:

(قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه)

Perkara ini boleh dikira sebagai perkara yang melemahkan penulisan kitab ini. Tambahan pula, kitab ini juga memuatkan hadith-hadith yang tidak dinyatakan hukum hadithnya.

Kitab ini juga sering membahaskan mengenai perkara yang sama secara berulang-ulang di dalam bab yang berbeza. Ia juga tidak mempunyai penditilan untuk setiap bab yang dikemukakan. Manakala tajuk babnya diletakkan dengan tajuk yang panjang agar setiap inci perkara yang dibahaskan dimuatkan di dalam tajuk-tajuknya.

Dari segi susun aturnya pula, sepertimana kitab-kitab lama yang lain, ia tidak mempunyai perenggan, tanda koma dan noktah.

KESIMPULAN

Melalui perbahasan tadi, dapat dikenalpasti bahawa kitab ini bukanlah hasil karya Ibn Sirin. Hakikatnya ia merupakan sebuah penulisan atau himpunan yang diusahakan oleh al-Kharkushi. Pengkaji berpendapat bahawa perkara ini perlu diambil perhatian oleh setiap penterjemah, pentahqiq dan penyusun kitab muntakhab agar kesilapan ini dapat dijelaskan di dalam hasil kerja mereka sebagai maklumat kepada pembaca kitab ta’bir mimpi yang popular ini.

Keistimewaan kitab ini dilihat dari sudut isinya yang dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith. Kitab ini juga dianggap istimewa kerana ia bukanlah kitab ta’bir mimpi semata tetapi ia turut memuatkan perbahasan yang amat menarik berkenaan ilmu ta’bir mimpi dari sudut syariat. Namun begitu, ia juga tidak lari dari kelemahan-kelemahan (sepertimana yang telah dinyatakan pada perbahasan di atas) sebagai sebuah kitab tua yang dihasilkan beribu tahun dahulu.
_____________________________

(1) Al-Juzu, Abd Al-Rahman, Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, Dar Maktabah al-Hayah, Beirut, 1995, hlm 20-21.
(2) Ibid, hlm 22.
(3) Kharkushi merupakan sebuah nama jalan yang terdapat di bandar Naisabur.
(4) Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad, Siyar A'lam al-Nubala’, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1990, Juz 17, hlm 162.
(5) Ibid.
(6) Ibid.
(7) Ibid.
(8) Rujuk pada bahagian Pengenalan.
(9) Ayat-ayat al-Quran lebih banyak dimuatkan jika dibandingkan dengan al-Hadith.
(10) Al-Juzu, hlm 21.


Nota:
Artikel ini merupakan salah satu bab yang terkandung di dalam Latihan Ilmiah (tesis) penulis bertajuk 'Kajian Hadith Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam Yang Dinisbahkan Kepada Muhammad Ibn Sirin’. Ianya telah disemak oleh Dr Azwira Abd Aziz, pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah yang bertindak selaku penyelia penulis dalam menghasilkan kajian ini. Semoga maklumat yang terdapat di dalam artikel ini, sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua. Sekian Wallahua’lam.

Saturday, June 13, 2009

AS-SUNNAH, WAHYU KEDUA SELEPAS AL-QURAN

Pengertian As-Sunnah
Yang dimaksud As-Sunnah di sini adalah Sunnah Nabi, yaitu segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad berupa perkataan, perbuatan, atau persetujuannya (terhadap perkataan atau perbuatan para sahabatnya) yang ditujukan sebagai syari’at bagi umat ini. Termasuk didalamnya apa saja yang hukumnya wajib dan sunnah sebagaimana yang menjadi pengertian umum menurut ahli hadits. Juga ‘segala apa yang dianjurkan yang tidak sampai pada darjat wajib’ yang menjadi istilah ahli fikih (Lihat Al-Hadits Hujjatun bi Nafsihi fil Aqaid wa al Ahkam karya As-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal. 11).

As-Sunnah atau Al-Hadits merupakan wahyu kedua setelah Al-Qur’an sebagaimana disebutkan dalam sabda Rasulullah :
“Ketahuilah, sesungguhnya aku diberi Al-Qur`an dan (sesuatu) yang serupa dengannya.” -yakni As-Sunnah-, (H.R. Abu Dawud no.4604 dan yang lainnya dengan sanad yang shahih, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad IV/130)
Para ulama juga menafsirkan firman Allah :
“…dan supaya mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah” (Al BAqarah ayat 129)
Al-Hikmah dalam ayat tersebut adalah As-Sunnah seperti diterangkan oleh Imam As-Syafi`i, “Setiap kata al-hikmah dalam Al-Qur`an yang dimaksud adalah As-Sunnah.” Demikian pula yang ditafsirkan oleh para ulama yang lain. ( Al-Madkhal Li Dirasah Al Aqidah Al-Islamiyah hal. 24)
As-Sunnah Terjaga Sampai Hari Kiamat
Diantara pengetahuan yang sangat penting, namun banyak orang melalaikannya, yaitu bahwa As-Sunnah termasuk dalam kata ‘Adz-Dzikr’ yang termaktub dalam firman Allah Al-Qur`an surat al-Hijr ayat 9, yang terjaga dari kepunahan dan ketercampuran dengan selainnya, sehingga dapat dibezakan mana yang benar-benar As-Sunnah dan mana yang bukan. Tidak seperti yang di sangka oleh sebahagian kelompok sesat, seperti Qadianiyah (Kelompok pengikut Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani yang mengaku sebagai nabi, yang muncul di negeri India pada masa penjajahan Inggris) dan Qur`aniyun (Kelompok yang mengingkari As-Sunnah, dan hanya berpegang pada Al-Qur’an), yang hanya mengimani (meyakini) Al-Qur`an namun menolak As-Sunnah. Mereka beranggapan salah (dari sini nampak sekali kebodohan mereka akan Al Qur’an, seandainya mereka benar-benar mengimani Al Qur’an sudah pasti mereka akan mengimani As-Sunnah, karena betapa banyak ayat Al Qur’an yang memerintahkan untuk mentaati Rasulullah yang sudah barang tentu menunjukkan perintah untuk mengikuti As-Sunnah) tatkala mengatakan bahawa As-Sunnah telah tercampur dengan kedustaan manusia; tidak lagi boleh dibezakan mana yang benar-benar As-Sunnah dan mana yang bukan. Sehingga, mereka menyangka, setelah wafatnya Rasulullah , kaum muslimin tidak mungkin lagi mengambil faedah dan merujuk kepada as-Sunnah.( Al-Hadits Hujjatun bi Nafsihi fi Al Aqaid wal Ahkam hal. 16)
Dalil-dalil yang Menunjukkan Terpeliharanya As-Sunnah:
Pertama:
Firman Allah:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Q.S. Al-Hijr:9)
Adz-Dzikr dalam ayat ini mencakup Al-Qur’an dan –bila diteliti dengan cermat- mencakup pula As-Sunnah.
Sangat jelas dan tidak diragukan lagi bahwa seluruh sabda Rasulullah yang berkaitan dengan agama adalah wahyu dari Allah sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya:
“Dan tiadalah yang diucapkannya (Muhammad) itu menurut kemahuan hawa nafsunya.” (Q.S. An-Najm:3)
Tidak ada perselisihan sedikit pun di kalangan para ahli bahasa atau ahli syariat bahwa setiap wahyu yang diturunkan oleh Allah merupakan Adz-Dzikr. Dengan demikian, sudah pasti bahawa yang namanya wahyu seluruhnya berada dalam penjagaan Allah; dan termasuk di dalamnya As-Sunnah.
Segala apa yang telah dijamin oleh Allah untuk dijaga, tidak akan punah dan tidak akan terjadi penyelewengan sedikitpun. Bila ada sedikit saja penyelewengan, nescaya akan dijelaskan kebatilan penyelewengan tersebut sebagai konsekuensi dari penjagaan Allah. Kerana seandainya penyelewengan itu terjadi sementara tidak ada penjelasan akan kebatilannya, hal itu menunjukkan ketidak akuratan firman Allah yang telah menyebutkan jaminan penjagaan. Tentu saja yang seperti ini tidak akan terdetik sedikitpun pada benak seorang muslim yang berakal sihat.
Jadi, kesimpulannya adalah bahawa agama yang dibawa oleh Muhammad ini pasti terjaga. Allah sendirilah yang bertanggung jawab menjaganya; dan itu akan terus berlangsung hingga akhir kehidupan dunia ini ( Al-Hadits Hujjatun bi Nafsihi fi al Aqaid wa Al Ahkam, karya Muhammad Nashiruddin Al-Albani hal. 16-17)
Kedua:
Allah menjadikan Muhammad sebagai penutup para nabi dan rasul, serta menjadikan syari’at yang dibawanya sebagai syari’at penutup. Allah memerintahkan kepada seluruh manusia untuk beriman dan mengikuti syari’at yang dibawa oleh Muhammad sampai Hari Kiamat, yang hal ini secara otomatis menghapus seluruh syari’at selainnya. Dan adanya perintah Allah untuk menyampaikannya kepada seluruh manusia, menjadikan syariat agama Muhammad tetap abadi dan terjaga. Adalah suatu kemustahilan, Allah membebani hamba-hamba-Nya untuk mengikuti sebuah syari’at yang boleh punah. Sudah kita maklumi bahwa dua sumber utama syari’at Islam adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Maka bila Al-Qur’an telah dijamin keabadiannya, tentu As-Sunnah pun demikian ( Al-Hadits Hujjatun bi Nafsihi fi al Aqaid wa Al Ahkam, karya Muhammad Nashiruddin Al-Albani hal. 19-20)
Ketiga:
Seorang yang memperhatikan perjalanan umat Islam, nescaya ia akan menemukan bukti adanya penjagaan As-Sunnah. Diantaranya sebagai berikut (Al Madkhal li Ad Dirasah Al Aqidah Al Islamiyah, hal. 25):
(a) Perintah Nabi kepada para sahabatnya agar menjalankan As-Sunnah.
(b) Semangat para sahabat dalam menyampaikan As-Sunnah.
(c) Semangat para ulama di setiap zaman dalam mengumpulkan As-Sunnah dan menelitinya sebelum mereka menerimanya.
(d) Penelitian para ulama terhadap para periwayat As-Sunnah.
(e) Dibukukannya Ilmu Al Jarh wa At Ta’dil.( Ilmu yang membahas penilaian para ahli hadits terhadap para periwayat hadits, baik berkaitan dengan pujian maupun celaan, Pen.)
(f) Dikumpulkannya hadits–hadits yang cacat, lalu dibahas sebab-sebab cacatnya.
(g) Pembukuan hadits-hadits dan pemisahan antara yang diterima dan yang ditolak.
(h) Pembukuan biografi para periwayat hadits secara lengkap.
Wajib merujuk kepada As-Sunnah dan haram menyelisihinya

Pembaca yang budiman, sudah menjadi kesepakatan seluruh kaum muslimin pada generasi awal, bahawa As-Sunnah merupakan sumber kedua dalam syari’at Islam di semua sisi kehidupan manusia, baik dalam perkara ghaib yang berupa aqidah dan keyakinan, maupun dalam urusan hukum, politik, pendidikan dan lainnya. Tidak boleh seorang pun melawan As-Sunnah dengan pendapat, ijtihad maupun qiyas. Imam Syafi’i rahimahullah di akhir kitabnya, Ar-Risalah berkata, “Tidak halal menggunakan qiyas tatkala ada hadits (shahih).” Kaidah Ushul menyatakan, “Apabila ada hadits (shahih) maka gugurlah pendapat”, dan juga kaidah “Tidak ada ijtihad apabila ada nash yang (shahih)”. Dan perkataan-perkataan di atas jelas bersandar kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Perintah Al-Qur`an agar berhukum dengan As-Sunnah
Di dalam Al-Qur’an banyak ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk berhukum dengan As-Sunnah, diantaranya:
1. Firman Allah :
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki maupun perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)
2. Firman Allah :
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. 49:1)
3. Firman Allah :
“Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Q.S. Ali Imran: 32)
4. Firman Allah :
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al Anfal: 46)
5. Firman Allah :
“Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan seksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)
Hadits-hadits yang memerintahkan agar mengikuti Nabi dalam segala hal diantaranya:
1. Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:
“Setiap umatku akan masuk Surga, kecuali orang yang engan,” Para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulallah, siapakah orang yang enggan itu?’ Rasulullah menjawab, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk Surga dan barangsiapa yang mendurhakaiku dialah yang enggan”. (HR.Bukhari dalam kitab al-I’tisham) (Hadits no. 6851).
2. Abu Rafi’ mengatakan bahwa Rasulullah bersabda :
“Sungguh, akan aku dapati salah seorang dari kalian bertelekan di atas sofanya, yang apabila sampai kepadanya hal-hal yang aku perintahkan atau aku larang dia berkata, ‘Saya tidak tahu. Apa yang ada dalam Al-Qur`an itulah yang akan kami ikuti”, (HR Imam Ahmad VI/8 , Abu Dawud (no. 4605), Tirmidzi (no. 2663), Ibnu Majah (no. 12), At-Thahawi IV/209).
3. Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:
“Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampai keduanya mendatangiku di haudh (Sebuah telaga di syurga, Pen.).” (HR. Imam Malik secara mursal (Tidak menyebutkan perawi sahabat dalam sanad) Al-Hakim secara musnad (Sanadnya bersambung dan sampai kepada Rasulullah ) – dan ia menshahihkannya-) Imam Malik dalam al-Muwaththa’ (no. 1594), dan Al-HakimAl Hakim dalam al-Mustadrak (I/172).

Kesimpulan :
1. Tidak ada perbezaan antara hukum Allah dan hukum Rasul-Nya, sehingga tidak diperbolehkan kaum muslimin menyelisihi salah satu dari keduanya. Durhaka kepada Rasulullah berarti durhaka pula kepada Allah, dan hal itu merupakan kesesatan yang nyata.
2. Larangan mendahului (lancang) terhadap hukum Rasulullah sebagaimana kerasnya larangan mendahului (lancang) terhadap hukum Allah.
3. Sikap berpaling dari mentaati Rasulullah merupakan kebiasaan orang-orang kafir.
4. Sikap rela/redha terhadap perselisihan, -dengan tidak mahu mengembalikan penyelesaiannya kepada As-Sunnah- merupakan salah satu sebab utama yang meruntuhkan semangat juang kaum muslimin, dan memusnahkan daya kekuatan mereka.
5. Taat kepada Nabi merupakan sebab yang memasukkan seseorang ke dalam Syurga; sedangkan durhaka dan melanggar batasan-batasan (hukum) yang ditetapkan oleh Nabi merupakan sebab yang memasukkan seseorang kedalam Neraka dan memperoleh azab yang menghinakan.
6. Sesungguhnya Al-Qur`an membutuhkan As-Sunnah (karena ia sebagai penjelas Al-Qur’an); bahkan As-Sunnah itu sama seperti Al-Qur`an dari sisi wajib ditaati dan diikuti. Barangsiapa tidak menjadikannya sebagai sumber hukum berarti telah menyimpang dari tuntunan Rasulullah
7. Berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah akan menjaga kita dari penyelewengan dan kesesatan. Kerana, hukum-hukum yang ada di dalamnya berlaku sampai hari kiamat. Maka tidak boleh membedakan keduanya.
Rujukan :
1. Al-Hadits Hujjatun bi nafsihi fil Aqaid wa Al Ahkam, karya as-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, cet. III/1400 H, Ad-Dar As-Salafiyah, Kuwait.
2. Al-Madkhal li Ad Dirasah Al Aqidah Al Islamiyah ‘ala Madzhab Ahli As Sunnah, karya Dr. Ibrahim bin Muhammad Al-Buraikan, penerbit Dar As-Sunnah, cet. III.
Wallahu A’lam .

Thursday, June 11, 2009

KEISTIMEWAAN MUSLIMIN DAN MUKMININ

1. Tidak ada orang yang lebih mulia di sisi Allah dari seorang mukmin. (HR. Ath-Thabrani)


2. Umatku (umat Muhammad) ibarat air hujan, tidak diketahui mana yang lebih baik awalnya atau akhirnya. (Mashabih Assunnah)


3. Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah ada orang yang apabila memohonkan sesuatu maka Allah akan menerimanya (mengabulkannya). (HR. Bukhari dan Muslim)


4. Waspadalah terhadap firasat seorang mukmin. Sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah." (HR. Tirmidzi dan Ath-Thabrani)



5. Sebaik-baik umatku adalah apabila pergi (musafir) dia berbuka puasa dan shalat Qashar, dan jika berbuat kebaikan merasa gembira, tetapi apabila melakukan keburukan dia beristighfar. Dan seburuk-buruk umatku adalah yang dilahirkan dalam kenikmatan dan dibesarkan dengannya, makanannya sebaik-baik makanan, dia mengenakan pakaian mewah-mewah dan bila berkata tidak benar (tidak jujur). (HR. Ath-Thabrani)


6. Barangsiapa menyenangi amalan kebaikannya dan menyedihkan (bersedih dengan) keburukannya maka dia adalah seorang mukmin. (HR. Al Hakim)


7. Akan ada suatu umat dari umatku yang masih tetap melaksanakan perintah Allah, maka tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang mengecewakan dan menentangnya dan sampai tiba ketentuan Allah mereka tetap dalam penderitaan tersebut. (HR. Al Hakim)


8. Orang yang shaleh selalu mendapat tekanan-tekanan. (HR. Al Hakim)



9. Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; (2) mencintainya di dalam hatinya; (3) menyantuninya dengan hartanya; (4) tidak menggunjingnya atau mendengar penggunjingan terhadap kawannya; (5) menjenguknya bila sakit; (6) melayat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. (HR. Ibnu Baabawih)


10. Sebaik-baik kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan seburuk-buruk kamu ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya. (HR. Tirmidzi dan Abu Ya'la)


11. Mencaci-maki seorang mukmin adalah suatu kejahatan, dan memeranginya adalah suatu kekufuran. (HR. Muslim)



12. Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


13. Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, "Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu", tetapi katakanlah, "Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya." Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: "andaikata" dan "jikalau" membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) syaitan." (HR. Muslim)


14. Seorang muslim ialah yang menyelamatkan kaum muslimin (lainnya) dari (kejahatan) lidah dan tangannya. Seorang mukmin ialah yang dipercaya oleh kaum beriman terhadap jiwa dan harta mereka, dan seorang muhajir ialah yang berhijrah meninggalkan dan menjauhi keburukan (kejahatan). (HR. Ahmad)


15. Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lobang yang satu (sama). (Mutafaq'alaih)


16. Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti saudaranya yang muslim. (HR. Abu Dawud)


17. Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor. (HR. Bukhari)


FIKIR-FIKIRKANLAH APA DAN DIMANA KEDUDUKAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIMIN DAN MUKMININ....
SEMOGA HARI DEMI HARI KITA DAPAT MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN LAGI TAHAP KEISLAMAN (AMALAN) KITA....

INSYAALLAH....

JAUHILAH PERBUATAN YANG MERESAHKAN

Dari Nawas bin Sam’an rodhiallohu ‘anhu bahwa Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat orang lain.” (HR. Muslim)

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)

AL-BIRR ADALAH HUSNUL KHULUQ
Al-Birr ada dua macam yaitu Al-Birr terkait dengan Allah, dan Al-Birr terkait dengan sesama. Al-Birr terkait dengan Allah adalah beriman kepada-Nya, melaksanakan perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya. Al-Birr terkait dengan sesama adalah husnul khuluq yaitu banyak berderma dan tidak mengganggu kepada sesama.

DOSA
Dosa adalah sesuatu yang membuat bimbang di hati dan tidak suka jika diketahui orang lain. Kebimbangan yang ada dalam hati ada tiga keadaan yaitu:

Ragu untuk mengerjakan sesuatu yang sudah jelas dalilnya, maka tercela.

Ragu yang disebabkan kerana perbezaan ulama, tetapi salah satunya sudah jelas. Jika ragu untuk mengerjakan yang sudah jelas tersebut maka tercela.

Ragu yang disebabkan kerana perbezaan ulama, dan sulit untuk menentukan yang lebih benar. Jika meninggalkan amal yang disebabkan kerana ragu seperti ini, maka tidak tercela.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi

MENCINTAI MILIK ORANG LAIN SEPERTI MENCINTAI MILIKNYA SENDIRI

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Hakikat Penafian Iman
Penafian iman mencakup menafikan iman secara keseluruhan atau hanya menafikan kesempurnaan imannya. Suatu amalan yang menyebabkan pelakunya dinafikan imannya menunjukkan bahawa amalan tersebut merupakan amal kekafiran atau dosa besar. Dalam hadits ini penafian iman yang dimaksud adalah penafian atas kesempurnaan iman.

Mencintai Saudara Muslim Laksana Mencintai Diri Sendiri
Seorang muslim wajib merasa senang jika saudaranya memiliki agama yang baik. Dia senang jika saudaranya memiliki aqidah yang benar, tutur kata yang bagus dan perbuatan yang baik. Sebaliknya dia merasa benci jika keadaan saudaranya tersebut justeru sebaliknya.
Seorang muslim disunahkan untuk senang jika saudaranya mendapatkan kebaikan-kebaikan duniawi. Dia merasa senang jika saudaranya berharta, sejahtera, sehat, berkedudukan dan lain-lain dari kenikmatan duniawi, dan dia tidak senang jika saudaranya miskin, sengsara, dan menderita.

Mendahulukan Kepentingan Saudara Muslim
Jika dalam urusan dunia, mendahulukan kepentingan saudaranya termaksud perbuatan yang terpuji dan disunahkan, namun jika dalam urusan akhirat, mendahulukan saudaranya termasuk perbuatan yang makruh.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi

Tuesday, June 9, 2009

NASIB MANUSIA TELAH DITENTUKAN

Dari Abu Abdirrohman, Abdulloh bin Mas’ud rodhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada kami dan beliau adalah orang yang selalu benar dan dibenarkan: ’Sesungguhnya setiap orang diantara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah(air mani), kemudian menjadi ‘alaqoh(segumpal darah) selama waktu itu juga (empat puluh hari), kemudian menjadi mudhghoh(segumpal daging) selama waktu itu juga, lalu diutuslah seorang malaikat kepadanya, lalu malaikat itu meniupkan ruh padanya dan ia diperintahkan menulis empat kalimat: Menulis rezekinya, ajalnya, amalnya, dan nasib celakanya atau keberuntungannya. Maka demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada diantara kamu yang melakukan amalan penduduk syurga dan amalan itu mendekatkannya ke syurga sehingga jarak antara dia dan syurga kurang satu hasta, namun kerana taqdir yang telah ditetapkan atas dirinya, lalu dia melakukan amalan penduduk neraka sehingga dia masuk ke dalamnya. Dan sesungguhnya ada seseorang diantara kamu yang melakukan amalan penduduk neraka dan amal itu mendekatkannya ke neraka sehingga jarak antara dia dan neraka hanya kurang satu hasta, namun kerana taqdir yang telah ditetapka atas dirinya, lalu dia melakukan amalan penduduk syurga sehingga dia masuk ke dalamnya.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Kedudukan Hadits
Hadits ini merupakan pangkal dalam bab taqdir, yaitu tatkala hadits tersebut menyebutkan bahwa taqdir janin meliputi 4 hal: rizqinya, ajalnya, amalnya, dan bahagia atau celakanya.

Perkembangan JaninJanin sebelum sempurna menjadi janin melalui 3 fasa, yaitu: air mani, segumpal darah, kemudian segumpal daging. Masing-masing lamanya 40 hari.

Janin sebelum berbentuk manusia sempurna juga mengalami 3 fasa, yaitu:
1. Taswir, yaitu digambar dalam bentuk garis-garis, waktunya setelah 42 hari.
2. Al-Khalq, yaitu dibuat bagian-bagian tubuhnya.
3. Al-Barú, yaitu penyempurnaan.

Allah berfirman dalam Surat Al-Hasyr: 24, mengisyaratkan ketiga proses tersebut.

Hubungan Ruh dengan Jasad
Ruh dengan jasad memiliki keterkaitan yang berbeza sesuai dengan keadaan dan waktunya dalam 4 bentuk hubungan:
1. Tatkala di rahim. Hubungan keduanya lemah. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad.
2. Tatkala di alam dunia. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad. Sementara hubungan keduanya sesuai dengan keperluan kehidupan jasad.
3. Tatkala di alam barzah. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada ruh.
4. Tatkala di alam akhirat. Kehidupan ketika itu sempurna pada keduanya. Pada masa inilah hubungan keduanya sangat kuat.

Macam-macam Penulisan Taqdir
Allah menulis taqdir dalam 4 bentuk, yaitu:
1. Taqdir saabiq, yaitu penulisan taqdir bagi seluruh makhluk di lauh mahfudz 50 ribu tahun sebelum penciptaan bumi dan langit.
2. Taqdir úmri, yaitu penulisan taqdir bagi janin ketika berusia 4 bulan.
3. Taqdir sanawi, yaitu penulisan taqdir bagi seluruh makhluk setiap tahunnya pada malam lailatul qodr.
4. Taqdir yaumi, yaitu penulisan terhadap setiap kejadian setiap harinya.
Keempat macam penulisan taqdir tersebut memungkinkan terjadinya perubahan kecuali pada taqdir sabiq. Sebagaimana firman Allah: (Surat Ar-Ra’d: 39).

Taqdir Allah sama sekali bukan sebagai pemaksaan, Allah lebih tahu terhadap hambanya yang pantas mendapatkan kebaikan dan yang tidak.

Buah Iman kepada Taqdir
Beriman kepada taqdir akan menghasilkan rasa takut yang mendalam akan nasib akhir hidupnya dan menumbuhkan semangat yang tinggi untuk beramal dan istiqomah dalam ketaatan demi mengharap khusnul khatimah.
Beriman kepada taqdir bukanlah alasan untuk bermaksiat dan bermalas-malasan. Hati orang-orang yang shalih diantara 2 keadaan, yaitu khawatir tentang apa yang telah ditulis baginya atau khawatir tentang apa yang akan terjadi pada akhir hidupnya. Keadaan pertama hatinya para sabiqin dan keadaan ke-2 hatinya para abrar.

Rahasia Khusnul Khatimah dan Suúl Khatimah
Termasuk diantara kesempurnaan Allah yaitu menciptakan hamba dengan berbagai macam keadaan. Diantara hambanya ada yang khusnul khatimah sebagai anugrah semata setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan kejahatan dan diantara hambanya ada yang suúl khatimah sebagai keadilan semata setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan ketaatan. Hamba pada jenis yang terakhir ini bisa jadi pada hakikatnya tersimpan dalam hatinya kejahatan yang kemudian muncul secara lahir pada akhir hayatnya. Kerana dalam suatu riwayat Rasulullah menyatakan bahawa amalan baik tersebut sekadar yang nampak pada manusia.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi

TIDAK MUDAH MARAH

Dari Abu Hurairah rodhiallohu ‘anhu, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku wasiat.” Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah!” Dia bertanya berulang-ulang dan tetap dijawab, “Jangan Marah!” (HR Bukhori)

Kedudukan Hadits

Hadits ini berisi tentang adab yang sangat penting.

Rahsia Di sebalik Jawapan Rasulullah:
Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam berulang kali diminta wasiat atau nasihatnya oleh para sahabat. Jawaban yang diberikan oleh Rasulullah berbeda-beda. Rahasia perbedaan jawaban tersebut menurut ulama ada 2, yaitu:
1. Disesuaikan dengan keadaan orang yang bertanya. Ertinya jawapan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh orang yang bertanya terkait dengan keadaannya.
2. Demi beragamnya wasiat yang sampai kepada umat. Maksudnya karena setiap wasiat Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam pasti akan ditularkan kepada yang lain, maka Rasulullah meragamkan jawaban.

Jangan Marah
Perintah Rasulullah untuk tidak marah mengandung 2 penafsiran, yaitu:
1. Maksudnya tahanlah marah, yaitu ketika ada sesuatu yang membuat marah maka berusahalah untuk tidak melampiaskan kemarahannya.
2. Menghindarkan diri dari sebab-sebab yang mendatangkan kemarahan.

Terapi Ketika Menghadapi Kemarahan
Ada beberapa cara untuk terhindar dari melampiaskan kemarahan, di antaranya:
1. Duduk, jika ketika marah dia dalam keadaan berdiri.
2. Mengucapkan kata-kata yang baik.
3. Berwudhu.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi

KEWAJIPAN MENGIKUTI SYARIAT DAN LARANGAN MELAKUKAN BIDA'H

Dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- berkata, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa mengada-adakan (perkara baru) dalam urusan (agama) kami ini, maka hal itu tertolak.” Dalam riwayat yang lain –Rasulullah- bersabda, “Barangsiapa mengerjakan suatu amalan tanpa ada dasar dari urusan (agama) kami, maka ia tertolak.”

TAKHRIJ HADITS RINGKAS

Lafal yang pertama diriwayatkan oleh Bukhari (hadits no. 2550) dan Muslim (hadits no. 1718). Sedangkan lafal yang kedua diriwayatkan oleh Muslim (hadits no. 1718), sedangkan Bukhari menyebutkannya dalam salah satu bab dalam Shahih-nya di juz ke-6 halaman 2675.

BIOGRAFI PERIWAYAT HADITS ‘AISYAH –radhiyallahu ‘anha-

Ia adalah ‘Aisyah putri khalifah-Rasulullah Abu Bakar (Abdullah) bin Abu Quhafah (Utsman) bin ‘Amir bin ‘Amr, dari Bani Taim keturunan suku Quraisy. Ibunya bernama Ummu Ruman binti Amir bin ‘Uwaimir Al-Kinaniyah.
Ia lahir pada tahun ke-4 atau ke-5 dari kerasulan Nabi. Pada usia 6 atau 7 tahun ia dinikahi oleh Rasulullah setelah isteri beliau yang pertama, Khadijah binti Khuwailid, wafat, tepatnya 2 atau 3 tahun sebelum beliau hijrah ke Madinah. Rasulullah baru hidup serumah dengannya ketika dia berusia 9 tahun, yaitu pada bulan Syawwal tahun ke-2 H sepulangnya beliau dari Perang Badar Kubra. Sebagai isteri Rasulullah, ia pun mendapat sebutan Ummul Mu’minin. Ia merupakan isteri yang paling utama dan paling dicintai oleh Rasulullah dibandingkan dengan isteri-isteri beliau yang lain selain Khadijah –radhiyallahu ‘anha- (kerana ada perbedaan pendapat dalam hal siapakah yang lebih utama antara ‘Aisyah dan Khadijah). Dan ketika Rasulullah wafat, usianya baru mencapai 18 tahun.
Kun-yah-nya adalah Ummu Abdillah, nisbah kepada Abdullah bin az-Zubair (bin Al-‘Awwam), anak Asma’–kakaknya seayah–. Semenjak menjadi pendamping Rasulullah, dia sekaligus menjadi murid beliau. Dia banyak meriwayatkan hadits dari Rasulullah, bahkan dia termasuk di antara tujuh sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits dari Nabi. Sedangkan di kalangan wanita, secara mutlak dia adalah wanita yang paling fakih dalam hal agama.

‘Aisyah juga digelari Ash-Shiddiqah binti Ash-Shiddiq. Ia mendapat pembelaan dari Allah ketika difitnah telah berbuat tidak senonoh dengan salah seorang sahabat Nabi yang bernama Shafwan bin Mu’aththal yang dikenal sebagai kisah al-Ifki dan Allah mengabadikan pembelaan-Nya terhadap ‘Aisyah dalam surat An-Nur ayat 11 dan beberapa ayat sesudahnya.
Banyak sekali keutamaan-keutamaan yang disandang oleh Ummul Mu’minin ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-. Salah satunya adalah yang tersebut di dalam satu hadits yang shahih dari Abu Musa Al-Asy’ari bahwa Rasulullah pernah berkata, “Keutamaan Aisyah atas para wanita yang lain bagai keutamaan tsarid (bubur daging) atas jenis makanan yang lain.” Diriwayatkan oleh Bukhari (hadits no 3558 dan lainnya) dan Muslim (hadits no. 2431 dan 2446)
Ia wafat pada malam Selasa tanggal 17 Ramadhan tahun 57 atau 58 H, dan dimakamkan di pemakaman Baqi’. Lihat biografinya dalam Al-Ishabah (VIII/16), Al-Isti’ab (IV/1881), Siyar A’lam An-Nubala (II/135), Taqrib At-Tahdzib (I/750), Ats-Tsiqat (III/3230) dan kitab-kitab biografi lainnya. –Radhiyallahu ‘anha wa ardhaha-

MAKNA KATA DAN KALIMAT

(أَحْدَثَ) bermakna (اِخْتَرَعَ = membuat/menciptakan –sesuatu yang baru-) Lihat Fathul Bari (V/357), cet. Dar Ar-Rayyan li At-Turots, Kairo, th. 1407 H.
(أَمْرُِنَا) maknanya adalah (دِيْننَا = agama kami) atau (شَرْعُنَا = syariat kami) Lihat Jami’ Al-‘Ulum wal Hikam (I/163), cet. Daar Ibnu Al-Jauzi, Dammam-KSA, th. 1415 H.
(رَدٌّ) maknanya (مَرْدُوْدٌ = tertolak/tidak diterima) Lihat Fathul Bari (V/357); dan Syarah Shahih Muslim (XII/15) cet. Daar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Beirut, th. 1415 H.
Jadi, makna hadits di atas adalah bahwa siapa saja yang memunculkan atau membuat suatu perkara baru dalam agama atau syariat ini yang tidak ada asal atau dasar darinya, maka perkara itu tertolak. Secara tekstual hadits ini menunjukkan bahwa setiap amalan yang tidak ada dasarnya dari syariat bererti amalan tersebut tertolak. Dan secara kontekstual menunjukkan bahwa setiap amalan yang ada dasarnya dari syariat berarti tidak tertolak atau dengan kata lain bahwa amalan tersebut diterima. Lihat Jami’ Al-‘Ulum wal Hikam (I/163) dan Qawaid wa Fawaid (hal. 76).
Lafal yang kedua lebih umum dari yang pertama Lihat Fathul Bari (V/357)., dan di dalamnya terkandung tambahan makna, yaitu bahwa bila ada seseorang yang melakukan bid‘ah yang sudah ada sebelumnya lalu mengatakan, “Saya tidak mengadakan perkara baru,” maka perkataannya tersebut terbantahkan oleh lafal yang kedua yang secara jelas menolak segala bid‘ah yang dibuat-buat, baik yang baru diadakan maupun yang sudah dibuat sebelumnya. Lihat Syarah Shahih Muslim (XII/15).
KEDUDUKAN HADITS Lihat Qawaid wa Fawaid (hal. 75).
Ibnu Hajar berkata, “Hadits ini termasuk di antara pokok-pokok serta kaidah landasan ajaran agama Islam.” Lihat Fathul Bari (V/357).
Imam An-Nawawi berkata, “Hadits ini termasuk di antara –hadits-hadits- yang patut dihafal (dijaga), digunakan untuk memberantas segala kemungkaran, serta patut untuk disebarkan dalam berdalil dengannya.” Lihat Syarah Shahih Muslim (XII/15).
Ath-Thuruqi berkata, “Hadits ini pantas disebut sebagai separuh dalil-dalil syariat kerana yang dituntut dalam berdalil adalah menetapkan hukum atau menampiknya, dan hadits ini adalah kunci terbesar dalam menetapkan atau menampik setiap hukum syariat.” Lihat Fathul Bari (V/357).
Ibnu Rajab berkata, “Dan hadits ini merupakan landasan yang agung di antara landasan-landasan ajaran Islam dan ia merupakan timbangan bagi amalan lahir. Sebagaimana bahwa hadits(اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ) Telah dibahas dalam majalah Fatawa volume 1 dan 2 tahun I.
adalah timbangan bagi amalan batin.” Lihat Jami’ Al-‘Ulum wal Hikam (I/162).

FAEDAH-FAEDAH

Hadits ini termasuk di antara perkataan-perkataan Nabi yang singkat namun padat isinya (Jawami’ul Kalim) Lihat Syarah Shahih Muslim (XII/15)..
Banyak faedah yang dapat kita ambil darinya, dan yang terpenting di antaranya adalah sebagai berikut :
1. Kewajiban Mengikuti Syariat dalam Beragama
Secara kontekstual (tersirat) hadits ini mengandung makna bahwa dalam menjalankan agama, baik dalam masalah aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah, maupun yang lainnya, kita wajib untuk mengikuti syariat yang Allah turunkan kepada Nabi yang termuat dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan wajib pula mengembalikan segala permasalahan kepada keduanya. Banyak dalil yang menunjukkan hal tersebut, di antaranya adalah dalil-dalil berikut :
a. Dari Al-Qur’an
Firman Allah :
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Q.S. An-Nisa’:59)
Firman Allah :
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Q.S. Al-Hasyr:7)
b. Dari As-Sunnah
Sabda Nabi :
“Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara yang (selama kalian berpegang teguh dengan keduanya) kalian tidak akan tersesat, yaitu Kitabullah dan Sunnah-ku.” Diriwayatkan oleh Hakim (I/172), dan Daruquthni (hadits no. 149). Diriwayatkan oleh Hakim (I/172), dan Daruquthni (hadits no. 149).
sabda Nabi dalam hadits Al-‘Irbadh bin Sariyah :
“Berpegangteguhlah kalian dengan Sunnah-ku dan sunnah para Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk (setelahku).”
2. Larangan Mengadakan Bid‘ah dalam Agama
Adapun secara tekstual (tersurat), hadits ini menunjukkan bahwa setiap bid‘ah yang diada-adakan dalam agama tidaklah memiliki dasar dari Al-Qur’an ataupun As-Sunnah.
Ibnu Hajar berkata, “Dan (hadits ini) mengandung penolakan terhadap segala perkara (bid‘ah) yang diada-adakan dan bahwa larangan di sini menunjukkan –bahwa perkara tersebut- batil karena segala perkara yang dilarang bukanlah termasuk bagian dari (perkara urusan) agama sehingga wajib untuk ditolak.”
Bid‘ah pada hakikatnya adalah ‘sesuatu (yang baru) yang diada-adakan dalam agama yang menandingi cara yang –telah- disyari’atkan dengan tujuan agar mendapat nilai lebih dalam beribadah kepada Allah. Padahal kita telah diperintahkan untuk ber-ittiba’ (mengikuti syariat yang dibawa oleh Rasul ) dan dilarang untuk melakukan bid‘ah karena agama Islam ini telah sempurna sehingga sudah cukup dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan yang telah diterima oleh Ahlussunnah wal Jama’ah dari generasi sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik Mukhtarat Majmu’ Fatawa Syaikh Bin Baz (hal.271), cet. Jam’iyyah Ihya At-Turots, th. 1418 H.
Maka seorang yang membuat atau melakukan bid‘ah bererti telah berbuat lancang terhadap Allah sebagai pemilik tunggal hak dalam hal membuat syariat. Dan seolah-olah dia mengatakan bahwa syariat ini belum sempurna, dan bahwasanya masih ada sesuatu yang harus atau perlu ditambah atau dikoreksi karena kalau dia meyakini akan kesempurnaan syariat dari segala sisinya, niscaya dia tidak akan berbuat bid‘ah dan tidak akan menambah atau mengoreksinya.
Ibnu Al-Majisun berkata, aku mendengar Imam Malik berkata, “Barangsiapa yang berbuat bid‘ah dalam Islam dan dia memandangnya baik, berarti dia telah menganggap bahwa Muhammad telah mengkhianati risalah (yakni tidak menyampaikannya secara sempurna), karena Allah telah berfirman:
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu.” (Q.S. Al-Maidah:3)
Maka apa yang pada hari itu (masa nabi) bukan merupakan agama, berarti bukan pula merupakan agama pada hari ini.” Lihat Al-I’tisham (1/64) cet. Daar Ibnu ‘Affan, Khubar-KSA, th. 1418 H, dan lihat juga risalah Al-Bid‘ah Dhawabithuha wa Atsaruha As-Sayyi’ fil Ummah (hal. 10).
3. Macam-macam Bid‘ah
Melihat kepada jenisnya, bid‘ah itu terbagi menjadi dua, yaitu:
a. Bid‘ah haqiqiyyah, yaitu bid‘ah yang tidak ada satu pun dalil syar’i yang menunjukkannya. Tidak dari Kitab, Sunnah maupun ijma’, seperti mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, mengadakan peryaan maulud nabi dan tahun baru.
b. Bid‘ah idhafiyyah, yaitu memasukkan ke dalam syari’at sesuatu yang bersumber dari diri si pelaku bid‘ah sehingga mengeluarkan syari’at dari asal karena sebab penambahan yang dilakukan si pembuat bid‘ah yang dari satu sisi disyari’atkan tetapi si pelaku bid‘ah memasukkan ke dalamnya sesuatu yang bersumber dari dirinya sehingga mengeluarkannya dari asal disyari’atkannya, karena perbuatan si pelaku bid‘ah tadi. Kebanyakan bid‘ah yang tersebar di tengah-tengah masyarakat adalah dari jenis ini. Seperti shaum (puasa), ia adalah ibadah yang disyari’atkan, namun bila seseorang mengatakan, “Saya akan berpuasa sambil berdiri dan tidak akan duduk di terik matahari dan tidak akan berteduh,” maka (tambahan persyaratan yang ia tetapkan itulah bid‘ahnya sehingga puasa yang pada awalnya disyari’atkan menjadi tidak disyari’atkan dikarenakan bid‘ah yang ia tambahkan dalam puasa tersebut). Jadilah dia telah berbuat bid‘ah Lihat Al-Bid‘ah Dhawabithuha wa Atsaruha As-Sayyi’ fil Ummah (hal. 14-15) dan lihat juga pembahasan ini dalam Al-I’tisham (1/367).
Dan dari sisi objeknya, bid‘ah tersebut bisa terjadi dalam semua perkara agama, diantaranya :
Dalam aqidah, seperti bid‘ahnya kelompok-kelompok sesat semisal Khawarij Kelompok yang keluar dari kepempinan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Rafidhah (Sekte Syi’ah yang amat melampaui batas, yang diantaranya mengatakan bahwa para sahabat Nabi telah merubah dan mengurangi Al-Qur’an :
a. Jahmiyyah Kelompok pengikut Jahm bin Shafwan, yang diantaranya mengatakan bahwa Al-Qur’an itu makhluk., dan yang lainnya.
b. Dalam ibadah, seperti berdzikir dengan tatacara dan bentuk tertentu dan dilakukan secara berjama’ah serta satu suara (koor).
c. Dalam Mu’amalah, seperti menikahi wanita yang haram dinikahi, baik karena adanya hubungan nasab, satu susuan atau yang lainnya.
Adapun dari sisi akibatnya dapat dibahagi dua, yaitu:
a. Bid‘ah mukaffirah, yaitu yang dapat menyebabkan pelakunya jatuh dalam kekafiran yang mengeluarkannya dari Islam.
b. Bid‘ah mufassiqah, yaitu yang pelakunya dihukumi dengan kefasikan atau dalam kategori kemaksiatan, tidak mengeluarkannya dari Islam.
Catatan :
Seorang penuntut ilmu hendaknya berhati-hati dan jangan terburu-buru menolak atau tidak menerima suatu amalan lalu berdalil dengan hadits ini, hendaknya dia melihat dulu perkataan para ulama tentang masalah tersebut, memperhatikan batasan-batasan (dhawabith) dan kaedah-kaedah (ushul) yang dengan itu semua dia boleh menghukumi apakah memang amalan tersebut tertolak dan tidak diterima.
Kesimpulan :
1. Islam adalah agama yang sempurna sehingga tidak boleh kepada penambahan, pengurangan atau koreksi.
2. Mengikuti syari’at (ittiba’) merupakan salah satu syarat diterimanya amal ibadah seseorang.
3. Bid‘ah merupakan salah satu pembatal amal ibadah seseorang dan dapat menjerumuskannya dalam kesesatan.
-Wallahu A’lam bish-shawab-