Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan
 Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand
 telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan
 Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.
 Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil
 kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit
 (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran
 lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu
 yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan
 secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
 datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad
 saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa
 ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang
 diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
 Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang
 saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh
 kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat
 dalam Al Quran ?
 Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila
 dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang
 terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini
 terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan
 musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi
 apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati
 selepas itu).
 Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar
 dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa
 sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
 Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 iaitu surah an-Nisa’ , ayat ke 56
 yang  bermaksud :
 "Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami. Kelak akan kami
 masukkan ke dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti dengan kulit - kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah
  memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih.
 Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan
 mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al
 Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk
 menerima hidayahNya.
remaja masjid yahoo group
No comments:
Post a Comment