Sunday, April 25, 2010
Membicarakan tentang " fadhail amal " pada hakikatnya adalah berbicara tentang nilai redha Allah taala terhadap sesuatu amalan atau sesuatu perkara.Melalui kelebihan dan keutamaan serta pahala yang dinyatakan terhadap sesuatu amal itu akan menggambarkan tahap keredhaan yang Allah s.w.t letakkan kepada sesuatu amalan atau perkara.
Maka,muslim yang benar-benar beriman akan sensitif dengan nilai redha Allah ini.Inilah hakikat iman.
Di dalam sebuah hadith sahih yang amat masyhur bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmatnya pada hari kiamat yang tidak ada sebarang lindungan melainkan rahmatNya;pemerintah yang adil, pemuda yang menggunakan masa remajanya dalam beribadah kepada Allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid,dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah -mereka bertemu dan berpisah kerana Allah,lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,lalu berkata ' sesungguhnya aku takutkan Allah! ' ,seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tau sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelkai yang mengingati Allah berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya" ( Riwyat al-Bukhari,Muslim,dan selain keduanya)
Hadith di atas menyenaraikan beberapa golongan manusia yang akan begitu bertuah untuk menerima fadhilat yang amat besar,iaitu akan diletakkan di bawah naungan rahmat Allah s.w.t. Ini adalah fadhilat yang amat besar kerana waktu itu,tiada lindungan dan teduhan lain lagi yang boleh diharapkan,melainkan naungan rahmat Allah.
Merenungi senarai tujuh golongan ini,kita dapati Allah s.w.t mengkategotikan secara khusus satu golongan iaitu remaja atau pemuda yang telah memenuhi usia muda mereka dan membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah.Batapa tinggi fadhilat yang telah dikhususkan kepada mereka.
Tidak syak lagi hadith ini telah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w di hadapan para sahabat.Hadith ini diriwayatkan oleh Aabu Hurairah,Abu Sa'id al-Khudri dan beberapa orang sahabat yang lain.Ini menunjukkan sabda Rasulullah s.a.w ini telah dilontarkan dalam majlis umum.Maka antara kelompok sahabat yang pastinya turut serta mendengar sabda ini ialah golongan remaja dan muda mudi di kalangan sahabat.
Fadhilat yang amat hebat ini sudah pasti akan menyemarakkan lagi keimanana yang ada dalam hati mereka.Fadhilat yang semuali ini akhirnya telah membentuk jati diri mukmin yang hakiki pada anak-anak sahabat ini.Sejarah telah mencatatkan,betapa tubuh-tubuh kecil zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ini,hakikat iaman yang mengalir di dalam diri mereka boleh membuatkan orang dewasa pada zaman kita hari ini menundukkan muka kerana malu!.
Al-Tabrani meriwayatkan bahawa Abdullah bin Zubair r.a dan Abdullah bin Ja'far r.a berbaiah kepada Nabi s.a.w. ketika mereka baru berusia 7 tahun.Ketika Rasulullah s.a.w melihat keduanya , Baginda tersenyum dan menghulurkan tangan Baginda,lalu berbai'ah kedua-duanya.
MERAIH DARJAT SYAHID
Satu lagi riwayat turut menjelaskan,beberapa tinggi tahap pengabdian para remaja tersebut dalam usaha mereka meraih darjat syahid, darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Dikeluarkan oleh Ibn 'Asakir daripada Sa'ad bin Abi Waqqas 'katanya: ' Rasulullah s.a.w mengembalikan adikku 'Umair bin Abi Waqqas kepadaku dari medan pertempuran Badar kerana dia masih kecil".
Lalu 'Umair pun menangis memohon supaya Nabi s.a.w mengizinkannya keluar berjihad di jalan Allah.Akhirnya Rasulullah s.a.w. telah memberi keizinan.( kata Sa'ad) "aka aku pun mengikatkan sarung pedangnya pada tubuhnya.Dia telah menyertai peperangan Badar.Ketika itu dia hanya mempunyai sehelai janggut yang selalu aku usap dengan tanganku".
Di dalam kitab al-Isabah dinyatakan,sebelum 'Umair dilarang oleh Rasulullah s.a.w ,dia telah dengan sembunyi-sembunyi cuba menyelinap ke dalam barisan para sahabat.Apabila sa'ad melihatnya,beliau bertanya lalu dijawab 'Umair ." Aku takut Rasulullah s.a.w akan melihatku dan mengahalangku kerana tubuhku yang masih kecil,sedangkan aku sangat cinta untuk berjihad agar Allah mengurniakanku syahid kepadaku".
Akhirnya 'Umair syahid ketika usianya sekitar 16 tahun.Benarlah sekali iman menjalar segar di dalam diri seseorang , segala-galanya sedia dikorbankan demi menyempurnakan tuntutan iman.
Oleh:Ustaz Mohd Gunawan Che Abd.Aziz ( Solusi)
Begitulah tahap keimanan remaja ketika zaman Rasulullah s.a.w. ,dan boleh dikatakan keimanan mereka begitu tinggi sehingga sanggup berjuang tanpa memikirkan nyawa meraka semata-mata untuk meraih syahid di jalan Allah.Mereka juga mengorbankan waktu remaja mereka yang sepatutnya diisi dengan keseronokan namun,mereka lebih memilih keseronokan dan kebahagian yang kekal abadi.
Friday, April 23, 2010
HIKMAH SUJUD

- Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
- Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
- Kedudukan sujud adalah kedudukan paling baik untuk berehat dan mengimbangi kedudukan linkungan bahagian belakang tubuh.
- Meringankan bahagian pelviks.
- bagi wanita,gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- Mengelakkan pendarahan ke otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut,akan terhindar penyakit seperti aplopexia rupture of blood vessels.
Bernafas ketika sujud akan:
- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari temopat asalnya
- Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh ( prolapsed uterus/ fallen bond womb).
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkansakit senggugut bagi wanita ketika haid
- Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
Semoga dengan sedikit info ini,ana berpesan pada diri ini dan sahabat2 pembaca semua,supaya kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah sebagai hambanya selagi mana kita menumpang di bumi-Nya,selagi mana kita meminjam oksigen dari-Nya.Oleh itu,disebalik ibadah yang kita lakukan itu,Allah telah meletakkan hikmah yang amat besar dan bermanfaat untuk manusia.sebagai hamba-Nya yang berpedoman Al-quran dan Sunnah,yang dikurniakan akal fikiran,sama2 lah kita gunakan untuk berfikir nikmat kurniaan-Nya kepada kita dan hikmah disebalik setiap kejadian serta hikmah perintah dan larangan-Nya.Barakallahufeekum............
MUJTAHID PENGGERAK GENERASI SALAFUSSOLEH
OLEH: MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS
EXCO PENDIDIKAN JANNAH 09/10
Tuesday, April 20, 2010
CINTA SATU MUHASABAH...
MUHTAHID PENGGERAK GENERASI SALAFUSSOLEH
OLEH:MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS
EXCO PENDIDIKAN JANNAH
Saturday, April 17, 2010
Salam itu satu doa.
Maksud Hadith: " Daripada Abu Hurairah ,katanya ;Rasulullah s.a.w bersabda:
orang yang berkenderaan atau di atas kenderaan itu memberi salam kepada orang yang berjalan.Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk.Manakala orang yang sedikit itu memberi salam kepada orang yang ramai."
Dalam hadith di atas nabi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan adab dan tata susila ketika berkomunikasi atau menjalinkan hubungan sesame muslim.Budaya salam tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat Islam.Nabi amat menggalakkan umat Islam agar sentiasa memberi salam dan menjawab salam.Di zaman yang serba canggih dan berteknologi ini,amatlah wajar umat Islam menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk menghidupkan budaya Islam yang mulia.Memberi salam dan menjawab salam tidak ditentukan pada golongan tertentu sahaja.Kita hendaklah menghulur salam kepada semua umat Islam,sama ada kita mengenalinya atau tidak.Nabi juga menghulurkan salam kepada kanak-kanak sebagai doa kesejahteraan dan kebaikan untuknya.
Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang paling cepat ,paing dahulu memberikan salam.Oleh itu,sebarkanlah salam kepada saudara-saudara kita dimana sahaja walaupun kita tidak mengenalinya kerana salah satu tanda kiamat adalah orang muslim hanya akan memberi salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.Sama-samalah kita hidupkan kembali sunnah Rasul kekasih Allah ini sebagai satu tanda kekuatan ukhwah diantara umat Islam .
Antara kepentingan memberi salam...=)
1) ucapan salam dapat melembutkan serta menjinakkan hati sesama muslim serta mengukuhkan perhubungan.
2) seseorang yang sentiasa mengucapkan salam dan mendahulukan salam kepada orang lain merupakan orang yang paling dekat dengan Allah dan paling dikashi.
3) Salam dapat melenyapkan perasaan dengki,iri hati dan dendam.
4) Salam dapat mengikat kasih sayang yang berpanjangn dan memupuk semangat setia kawan.
5) Salam mengukuhkan perpaduan ummah dan membentuk warga penyayang.
SEBARKAN SALAM...DENGAN LAFAZ YANG SEMPURNA DAN INDAH INI " ASSALAMU'ALAIKUM"
SUMBER DARIPADA: kitab hadith-hadith hukum
karangan: Ustaz Abd.Latif Muda , Ustazah Rosmawati Ali