Saturday, April 17, 2010

SALAM DAN KONSEPNYA

Salam itu satu doa.

Maksud Hadith: " Daripada Abu Hurairah ,katanya ;Rasulullah s.a.w bersabda:
orang yang berkenderaan atau di atas kenderaan itu memberi salam kepada orang yang berjalan.Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk.Manakala orang yang sedikit itu memberi salam kepada orang yang ramai."


Dalam hadith di atas nabi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan adab dan tata susila ketika berkomunikasi atau menjalinkan hubungan sesame muslim.Budaya salam tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat Islam.Nabi amat menggalakkan umat Islam agar sentiasa memberi salam dan menjawab salam.Di zaman yang serba canggih dan berteknologi ini,amatlah wajar umat Islam menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk menghidupkan budaya Islam yang mulia.Memberi salam dan menjawab salam tidak ditentukan pada golongan tertentu sahaja.Kita hendaklah menghulur salam kepada semua umat Islam,sama ada kita mengenalinya atau tidak.Nabi juga menghulurkan salam kepada kanak-kanak sebagai doa kesejahteraan dan kebaikan untuknya.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang paling cepat ,paing dahulu memberikan salam.Oleh itu,sebarkanlah salam kepada saudara-saudara kita dimana sahaja walaupun kita tidak mengenalinya kerana salah satu tanda kiamat adalah orang muslim hanya akan memberi salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.Sama-samalah kita hidupkan kembali sunnah Rasul kekasih Allah ini sebagai satu tanda kekuatan ukhwah diantara umat Islam .

Antara kepentingan memberi salam...=)

1) ucapan salam dapat melembutkan serta menjinakkan hati sesama muslim serta mengukuhkan perhubungan.

2) seseorang yang sentiasa mengucapkan salam dan mendahulukan salam kepada orang lain merupakan orang yang paling dekat dengan Allah dan paling dikashi.

3) Salam dapat melenyapkan perasaan dengki,iri hati dan dendam.

4) Salam dapat mengikat kasih sayang yang berpanjangn dan memupuk semangat setia kawan.

5) Salam mengukuhkan perpaduan ummah dan membentuk warga penyayang.


SEBARKAN SALAM...DENGAN LAFAZ YANG SEMPURNA DAN INDAH INI " ASSALAMU'ALAIKUM"

SUMBER DARIPADA: kitab hadith-hadith hukum
karangan: Ustaz Abd.Latif Muda , Ustazah Rosmawati Ali

Sunday, March 28, 2010



KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH...


Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Allah berfirman dalam surah al- Fath ayat 9 yang bermaksud : " Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya ,menguatkan (agama) -Nya,membesarkan-Nya,dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang." Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi.Zikir lidah,zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah,lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan perbuatan dengan hukum-hakamNya.Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu.Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan,umat akan kurang menyebut namaNnya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya.Hukum-hakam diabaikan dalan tindakan dan perbuatan.Apabila ini tejadi jangan ditangisi jika Allah "lupakan" kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingatiNya;dengan lidah,hati dan perbuatan.Menjadi seorang muslim sahaja tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya.Siapakah kita,muttaqin atau hanya Muslim?

Apabila Allah akrab dengan kita ,siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi.Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin?Tidak,tetapi kerana akhlakdan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah.Hasilnya ,sifat pemaaf,kasih sayang dan prihatinnya tidak terbatas.Merentas sempadan bangsa,negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju,tetapi orang Islam yang terlalu perlahan.Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang.Dengan cinta kita berdakwah,berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Kalau benar cintakan Allah,cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya.Bangun seawal Subuh,bersih dan sucikanlah diri.Lalu solatlah untuk mengingatiNya.Kemudian,bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah,riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat.Jauhkan pendedahan aurat.Perangi pergaulan bebas,racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja. Pacu ekonomi,tetapi jangan lupakan hukum Ilahi.Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri.Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

"Cinta itu bukan kata-kata ,cinta itu tindakan.Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

" Niatkanlah kita menghadapi peperiksaan adalah kerana Allah semata-mata"
Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh di dalan pekerjaannya.

Namun janganlah sampai melupakan hak-hak Allah semata-mata kita terlalu fokus kepada pelajaran dan lupa kepada Allah."Jagalah hak Allah,maka Allah akan jaga hak kita".Untuk cemerlang dalam peperiksaan ,bukanlah dengan membaca dan mengahafal subjek tetapi:

1) Niat belajar kerana Allah
2) Banyakkan berdoa
3) Jaga hubungan dengan ibu bapa, dan sahabat
4) Solat hajat setiap hari dan amalkan amalan-amalan sunat yang lain
5) Tinggalkan kemaksiatan
6) Pastikan makanan yang kita makan adalah dari sumber yang halal
7) Hormati guru

Semoga semua berjaya dalam peperiksaan dan mendapat keredhaan Allah...=)

Saturday, January 16, 2010

LAWATAN ILMIYYAH KE UDM DAN SEKITAR TERENGGANU

SALAM KEPADA SEMUA WARGA JANNAH.....
Photobucket

WASALAM...