Tuesday, December 28, 2010

Sejarah Penubuhan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah

Jabatan Al-Quran Dan Al-Sunnah,Fakulti Pengajian Islam ditubuhkan pada 1 hb September 1979,dan kini usianya menjangkau 31 tahun.Sebelum tahun 1974,Fakulti Pengajian Islam hanya mempunyai 2 buah jabatan,iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin Dan Falsafah serta sebuah Unit Pengajaran Bahasa Arab.Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah ini ditubuhkan sebagai jabatan kelima di bawah pentadbiran Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia.Ianya telah diasaskan oleh beberapa tenaga akademik Fakulti Pengajian Islam ,diantaranya ialah Prof.Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady yang menjadi ketua jabatan pertama ,Allahyarham Dr.Kassim Mat Salleh ,Allahyarham Prof Dato Dr. Mahmud Saedon dan Prof Madya Dr Wahab Md Salleh.

Kewajaran penubuhan Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah kerna ia menawarkan program-program yang berkaitan dengan bidang Tafsir dan Hadith yang merupakan ilmu teras dalam Pengajian Islam.Jabatan ini juga turut menjadi pusat pengajaran ,pembelajaran ,penyelidikan dan penerbitan dalam dua bidang tersebut.Kini Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah mempunyai dua orang profesor Madya (tetap) dan Prof.Madya (kontrak), empat orang pensyarah kanan,sepuluh orang pensyarah dan empat orang guru bahasa.jumlah pelajar Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah ialah seramai 260 orang pelajar pra-siswazah dan 125 orang (18 Phd dan 107 Ma) pelajar pasca siswazah.

Selari dengan keperluan semasa .Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah menyediakan kursus-kursus bidang Qiraat Dan Tarannum yang telah berjaya menarik ramai lulusan diploma dan ijazah pertama dari institusi-institusi lain dalam bidang berkenaan untuk menyambung pengajian mereka. Ekoran dari itu Jabatan Al-Quran Dan Al-Sunnah antara penyumbang terbesar dalam memenuhi keperluan tenaga pengajar program J-Qaf yang dilhamkan oleh YAB Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004.Ini kerana program tersebut memerlukan tenaga graduan yang menguasai ilmu-ilmu berkaitan al-Quran dan tulisan jawi khususnya bidang qiraat dan tarannum . Justeru Jabtan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah memberi sumbangan yang besar bagi menjayakan dasar pendidikan negara.

Sumber: Pameran Fakulti Pengajian Islam,Aras 2, Foyer Canselori, 2 Ogos Hingga 2 September 2010.

1 comment:

  1. Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
    Semarak Jawi. Membandingkan dengan Rumi:
    1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
    Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
    http://www.arabictypography.com/ani1.html
    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
    Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
    -
    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
    -
    http://graphics4arab.com/attachment.php?attachmentid=3065&d=1293528267
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
    http://typophile.com/node/74436

    ReplyDelete