Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA BARISAN KEPIMPINAN JANNAH

kad 6 Pictures, Images and Photos

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM PERTEMUAN,
SALAM PERSAHABATAN,
SALAM LEBARAN,
DAN SALAM KEMAAFAN
....

Dikesempatan ini kami BARISAN KEPIMPINAN JANNAH DAN BARISAN PENSYARAH-PENSYARAH JANNAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, minta maaf segala salah silap, kekurangan kami sepanjang memegang tampuk pentaklifan kepimpinan JANNAH, kepada ahli-ahli kelab JANNAH khususnya....

Namun apa yang ingin ana sampaikan disini, walaupun kita akan menyambut perayaan, namun disini diingatkan supaya agar kita tidak terlalu gopoh dan berlebih-lebihan dalam perayaan sehinggakan bulan Ramadhan yang masih ada baki ini dilupakan dan disia-siakan disebabkan sibuk membuat persediaan Aidilfitri, ingatlah bahawasanya ujian bagi Ramadhan itu bukanlah sahaja di bulan Ramadhan bahkan bulan-bulan yang lain.

Disini ana ingin menasihatkan kepada diri ana sendiri dan sahabat-sahabat yang lain bahwasanya terdapat sedikit kekesalan dihati yang mana kita pada hari ini jika dilihat dan diteliti ramai diantara kita walaupun didalam bulan Ramadhan tetapi tidak menunjukkan ruh Ramadhan, ini kerana walaupun Ramadhan belum berlalu namun lagu2 perayaan begitu gah dimainkan disana-sini, bahkan di restoran-restoran, bukankah elok jika kita mengalunkan alunan Kalamullah, zikrullah....

Namun apa yang penting didalam menyambut Aidilfitri ini, supaya kita berbelanja sekadar kemampuan dan elakkan pembaziran, dan ingatlah sesungguhnya perayaan ini adalah ujian pertama bagi kita, menghapa ana katakan sedemikian???? ini kerana didalam musim perayaan inilah berlaku pembaziran, didalam musim perayaan inilah berlakunya nafsu yang kian lama sebulan dilentur, dibentuk, diasuh dan dibentengi dengan ibadah puasa mula menunjukkn belangnya, maka kawallah nafsumu, kawallah kehendakmu, peliharalah ibadahmu, maka disinilah bermulanya medan utama pertempuran,jihad dengan hawa nafsu, jika kita berjaya melawannya insyaallah...kita akan berjaya mengawalnya pada hari-hari dan bulan-bulan yang lain,

maaf lahir bathin Pictures, Images and Photos
Disini juga ana mengigngatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat agar sentiasalah maaf dan memaafi antara satu sama lain, mintalah maaf kepada mereka dan tunaikanlah hak mereka, hak kepada sahabat-sahabat, jirantetangga, kedua ibu bapa, ustaz dan ustazah, dan apa yang lagi penting mohonlah keampuana kepada Rabbul Jalil,

MUNGKIN INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BAGI ANDA, MUNGKIN INI SYAWAL YANG TERAKHIR BAGI ANDA, SIAPA TAHU....

Sesungguhnya sesuatu amalan yang baik itu pasti akan disukai,

Maka di sini kami lampirkan panduan berhari Raya menurut al-Sunnah untuk manfaat bersama:

Berhari Raya Menurut Sunnah

Akhir kalam, daripada kami, ribuan kemaafan dipinta, ribuan ukhwah disemai, ribuan mahabbah diharapkan, ribuan tangan dihulurkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada saudara seagama,

Cintailah dan kasihilah saudaramu kerana agamanya,

Teringat ana akan kata-kata Imam Nawawi(jika tidak silap) yang menyAtakan bahawa:
" AKU CINTA PADAMU DISEBABKAN AGAMA YANG ADA PADAMU, JIKA KAU HILANGKAN AGAMA YANG ADA PADAMU, MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"

sekian,

wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment